
Dengan jumlah muka surat sebanyak 173 dan memakan masa selama 3 tahun iaitu dari 2010-2013 Buku bertajuk INVENTORI BUDAYA ETNIK NEGERI SABAH - ETNIK MOMOGUN RUNGUS telah berjaya disiapkan . Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan kerjasama para pengkaji dan pakar budaya dari Persatuan Momogun Rungus Sabah ( SAMORA ) buku tersebut telah berjaya disiapkan dan diterbitkan . Dengan kajian, cadangan dan justifikasi yang dikemukakan dari buku inventori tersebut maka pada bulan febuari 2015 sub-etnik Rungus telah diangkat dan diiktiraf sebagai Etnik Penuh. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada para pengkaji dan pakar-pakar budaya dari SAMORA dan semua individu yang terlibat.

Selain itu, buku inventori ini juga telah memasukkan perayaan Magahau sebagai perayaan utama Rungus. Dengan adanya buku inventori tersebut, pelaksanaan perayaan Magahau ( Percubaan /demo ) pada tahun 2009 dan dikuatkan lagi dengan cadangan saya di persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 2013 dan 2014 maka pada tahun ini Magahau juga telah mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Negeri sebagai satu lagi perayaan yang dimasukkan dalam kalender pelancongan negeri Sabah. Pendek kata SAMORA telah mewariskan satu warisan yang tidak ternilai kepada kaum Rungus selama-lamanya iaitu Pengiktirafan Rungus sebagai Etnik Penuh dan pengiktirafan Magahau sebagai perayaan yang diiktiraf oleh kerajaan negeri. Sekali saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Sabah khusnya YB Datuk Seri Panglima Hj Masidi Manjun - Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, LKNS , para pengkaji dan pakar2 budaya SAMORA yang diketuai oleh Tn Felix Manap Akiam , Dr Paul Porodong dan semua yang terlibat membantu menjayakan misi ini. Kounsapatan.
DJH
Presiden SAMORA.

* Buku INVENTORI BUDAYA ETNIK NEGERI SABAH - ETNIK MOMOGUN RUNGUS akan dijual semasa Pesta Magahau pada bulan Jun 2015.