Tanggal 13.6.2015 telah melakarkan satu lagi catatan sejarah kepada bangsa Rungus iaitu Pelancaran Pesta Magahau iaitu perayaan terbesar bangsa Rungus bersempena keputusan kerajaan mengiktiraf suku kaum Rungus daripada status sub-etnik kepada BANGSA atau KAUM RUNGUS baru-baru ini.
Kedua-dua peristiwa besar dan bersejarah ini disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj Masidi Bin Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar Sabah bertempat di Kg Tinangol, Matunggong.
Dengan pelancaran Magahau dan sambutan sempena pengisytiharan Rungus sebagai ETNIK PENUH yang berlangsung baru-baru ini ia jelas membuktikan bahawa cadangan yang dibuat oleh Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) supaya menjadikan Rungus sebagai Etnik Penuh dan Pesta Magahau sebagai salah satu identitinya menjadi kenyataan.
"Dalam ucapan alu-aluan ADUN Matunggong pada sabtu lalu, YB Dato Jelani Hamdan mencadangkan beberapa acara yang bakal dimuatkan dalam pesta tersebut seperti Minggu Fesyen dan Busana Rungus, program sukan tradisi yang dikenali sebagaiHONTIRA, pertandingan nyanyian dan mereka cipta lagu dalam bahasa Rungus (tradisi dan moden) yang dikenali sebagai MONURIZAK, Mitarab Gimpuhut (Ratu Gimpuhut) dan banyak lagi program seperti pertandingan dan pameran kraftangan dan lain yang akan dimuktamadkan kemudian."
Pendek kata Magahau adalah “show case” bagi bangsa Rungus dan ianya adalah berbeza dengan pesta Kaamatan.
SAMORA yang diamanahkan sebagai penganjur pesta Magahau akan berusaha untuk menjamin keaslian program-program dalam Pesta Magahau .
UNTUK makluman Kemuncak Pesta Magahau akan diadakan pada 27 Julai 2015 bertempat di Uluvan Square Pekan Matunggong.
Selain itu, semasa ucapan perasmian Pelancaran Magahau 2015 , Yb Datuk seri Panglima Masidi Manjun telah memberi jaminan yang pihak kementeriannya akan sentiasa menyokong usaha-usaha yang dibuat oleh SAMORA dan meminta agar memelihara keaslian budaya dan tradisi Rungus khususnya pakaian Rungus.
Beliau juga menyatakan yang beliau akan menyokong dan mengiktiraf program Minggu Fesyen dan Busana Rungus yang akan dilaksanakan dalam masa bulan Magahau. Beliau akan mengarahkan pihak Lembaga Pelancongan Sabah (STB) untuk menyokong dan mempromosi program ini.
Selain itu, satu lagi perkhabaran gembira kepada Kaum Rungus adalah Datuk Masidi Manjun juga memberi jaminan akan menyokong usaha SAMORA untuk mewujudkan Pusat Kebudayaan Rungus di tapak tanah Kraftangan Rungus Badarag Sikuati Kudat.
“Sebagai presiden SAMORA, saya amat terharu dan berterima kasih dengan jaminan , sokongan dan komitmen yang diberikan oleh pihak YB Menteri dan kerajaan. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Matunggong yang telah dengan tidak berbelah bahagi menyokong kedua-dua program ini .” – Jelani Hamdan
Ini dibuktikan dengan kehadiran lebih 5000 orang walaupun pada hari tersebut terdapat banyak perayaan yang dilangsungkan pada tarikh dan masa sama seperti Festival Kudat 2015 dan Sambutan Pesta Kaamatan di beberapa buah kampung dan lain-lain.
"Akhir Sekali, Tahniah kepada bangsa Rungus yang berjaya melakar sejarah terbesar dan akan dikenang selama-lamanya."
Sumber Artikel Ini : http://suarasabah.com/2015/06/bangsa-rungus-cipta-sejarah/#ixzz3tF1zDjoQ